CATATAN PEMBINA BLOG

Kepada Pegawai PPD, semua Ketua Unit, Penyelia dan semua warga di bawah PPD Tongod (Telupid), anda boleh menaip terus mesej atau pengumuman atau pemberutahuan sebarang mesyuarat, kursus dan taklimat melalui shout box atau hantarkan surat panggilan ke email yang tertera di atas. Terima kasih. - JOHN CHONG

BAHAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH BM TAHUN 1


DOKUMEN STANDARD BM SK -

PELANCARAN BLOG SK. INARAD 2010

Sunday, August 1, 2010

Pada kesempatan ini, pihak sekolah amatlah berbangga dengan pelancaran blog sekolah untuk tatapan umum mulai 1 Ogos 2010 bukan sahaja kepada seluruh dunia tetapi menyahut saranan tema Hari Kebangsaan ke-53 iaitu 1 Malaysia - Menjana Transformasi.

SK. Inarad dikenali sebagai "The School of Lost World" kerana jauh daripada pembangunan infrasturktur dan tidak ada jaringan komunikasi yang lengkap. Namun, ia tidak menjadi halangan untuk warga SK. Inarad untuk menonjolkan ke serata dunia terutamanya kepada sekolah-sekolah di bawah naungan PPD Tongod (Telupid).

Terima kasih kepada Guru Besar SK. Inarad kerana telah memperkenankan pelancaran blog ini pada 31 Julai 2010. Beliau memberikan sokongan yang besar terhadap pelancaran ini agar semua pihak tahu aktiviti-aktiviti yang dijalankan, halangan-halangan yang diharungi untuk menjadi pendidik di sekolah ini.

Cabaran utama warga SK. Inarad buat pada masa ini ialah melonjak peratus UPSR pada tahun 2010. Oleh yang demikian, ruangan blog ini dilancarkan adalah untuk membolehkan guru-guru di luar SK. Inarad dapat memberikan idea yang bernas dikongsikan bersama bagi memajukan anak bangsa Inarad.

Akhir sekali, gunalah ruangan chat box atau Facebook untuk mengongsikan ilmu dan meningkatkan kualiti penyampaian maklumat kepada SK. Inarad.


Salam 1 Malaysia - Menjana Transformasi.



0 comments:

Post a Comment